Apartment Seri Bulan , Port Dickson

10 07 2010

Terletak di batu 8 Teluk Kemang, Apartment Sri Bulan sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Lokasinya yang berhampiran dengan tarikan utama Pantai Teluk Kemang (5 minit), membolehkan para pengunjung menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti, sama ada hanya bermandi-manda sahaja mahupun aktiviti yang lebih menarik seperti menaiki ‘banana boat’, ‘jet ski’ dan sebagainya.

PMC Resort mempunyai sebuah Apartment Sri Bulan untuk disewakan. Ianya adalah sebuah apartment 2 bilik, dengan setiap bilik mempunyai sistem penghawa dingin. Set ruang tamunya lengkap dengan TV, set sofa, meja kopi (coffe table) dan rak televisyen.

Bilik utama mempunyai sebuah katil bersaiz “queen” lengkap dengan set bilik tidur manakala bilik tidur kedua mempunyai sebuah katil “queen double decker”, yang turut dilengkapi dengan set bilik tidur.

Bagi mereka yang suka memasak atau makan secara santai beramai ramai, mereka boleh berbuat demikian kerana apartment ini turut mempunyai set dapur yang lengkap :- kabinet dapur, peti sejuk, set pinggan mangkuk, ‘water heater jug’ dan cawan.

Terdapat tempat khas untuk mereka yang berhajat untuk melakukan aktiviti ‘Barbeque’. Tempat ini sangat menarik kerana ianya berdekatan dengan kolam renang dan juga menghadap ke laut.

Kadar Sewaan
weekend : rm200/night
weekday : rm170/night

No unit adalah B208

sila hubungi

Fariz @ Tuah 013 – 393 1828

Hana 013 – 291 9163

ps: deposit rm100 diperlukan semasa booking. jumaat checkin dikira weekend, ahad petang checkin dikira sebagai weekday

bagai mana nak ke sini

View Tol PD – Seri Bulan in a larger map

p/s: tilam semua mempunyai cadar,gambar2 diatas adalah gambar hari pertama kami sampai.

Peta ke Lokasi:
View Tol PD – Seri Bulan in a larger map





Tiara Beach Resort, Homestay di Port Dickson

10 07 2010

Mengenai Tiara Beach Resort

Tiara Beach Resort (TBR) yang terletak di Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson adalah lokasi yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Kedudukan Port Dickson yang terletak berdekatan dgn lembah klang,menjadinya destinasi terdekat dan mudah dikunjungi oleh warga kota.

Taman Tema yang seluas 8.4 hektar ini memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Resort Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana di taman tema ini terdapat kolam untuk kanak kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi bersaiz 5 kali ganda kolam olimpik.

Pada waktu malamnya pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke di bilik karaoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.

Sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dgn resort ini.


Bagaimana hendak ke Tiara Beach Resort

Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson.
View tol PD – TBR in a larger map

Unit Penginapan Kami
PMC Sdn. Bhd mempunyai 6 unit studio suite di Tiara Beach Resort. Dua adalah country view, manakala 4 unit lagi adalah swimming pool view.

Country View (2 unit)

  • block D, tingkat 3 (D-3-19)
  • block E, tingkat 2 (E-2-5)

Weekend (Jumaat – Ahad), Cuti Umum DAN Cuti Sekolah
RM160 semalam

Weekday (Ahad – Khamis)
RM120 semalam


Studio Pool View 4 unit

  • block D, tgkt 4 [D-4-26]
  • block E, tgkt 2 [E-2-6]
  • block E, tgkt 4 [E-4-16]
  • block F, tgkt 4 [F-4-22)

Weekend (Jumaat - Ahad), Cuti Umum DAN Cuti Sekolah
RM180 semalam

Weekday (Ahad - Khamis)
RM140 semalam

D-4-26

E-4-16


F-4-22

Apartment 2 bilik (E-1-1 country view)

unit ini mempunyai ruang tamu yg luas, dilengkapi dengan set televisyen dan meja makan. untuk kamar tidur pula, bilik pertama adalah bilik kelamin dimana 1 katil queen size disediakan, dengan toilet peribadi terletak didalam bilik. Bilik tidur kedua pula mempunyai 2 katil single, dan 1 lagi bilik mandi adalah bersebelahan dengan dapur.

kedua2 bilik ini dilengkapi dengan aircond.

mini fridge, towel disediakan.

Weekend (Jumaat - Ahad), Cuti Umum DAN Cuti Sekolah
RM250 semalam

Weekday (Ahad - Khamis)
RM200 semalam

Tempahan Bilik

hubungi saya untuk pertanyaan tarikh, sama ada available atau tidak. once available, sila bagi nama penuh dan no hp. saya akan smskan no acc saya. deposit rm100 diperlukan untuk studio, manakala rm150 untuk apartment 2bilik(kalau dua malam,darab 2...kalau 2unit,darab 2)

once saya dapat duit deposit, tempahan anda adalah secure.saya akan smskan nama,no hp dan cara-cara untuk checkin.balance bayaran boleh dibayar semasa check in.

Waktu check in : 3pm
Waktu check out : 12 noon
Fariz @ Tuah
:: Yahoo Messenger : mtx_matrix1
:: Email : tuah[at]pie2020.com
::013-3931828

Peta ke Lokasi:
View Larger Map

(block E, tingkat 2( E-2-5)







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.