Homestay Kuala Lumpur , Gurney Height

10 07 2010

Gurney Heights Condominium menyediakan kemudahan yang terbaik bagi anda yang memerlukan penginapan bajet ketika berada di kotaraya Kuala Lumpur. Samada anda datang untuk urusan rasmi, bercuti, memerlukan rumah persinggahan ketika majlis pertunangan, perkahwinan, konvokesyen, temuduga, rawatan kesihatan atau membeli belah, penginapan yang kami sediakan akan memenuhi kehendak anda.

Condominimum kami mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi.

  • Bilik tidur utama dilengkapi dengan katil Queen size, air-cond, almari baju dan meja solek.
  • Bilik tidur kedua disediakan katil double decker (katil bawah ialah queen size), aircond dan kabinet.
  • Bilik tidur ketiga disediakan katil single dan kipas angin elektrik.

Antara Kemudahan lain yang disediakan ialah:

  • Meja makan untuk 4 orang
  • Pinggan dan cawan
  • Mini bar
  • Cerek elektrik
  • Sofa L-shape
  • TV
  • DVD Player

Kolam mandi berada di tingkat 5 untuk kemudahan anda beriadah jika membawa anak-anak dan keluarga bersama. Pihak pengurusan kondominium menyarankan penggunaan pakaian mandi yang bersesuaian dan bersih ketika menggunakan kolam mandi di sini. Sila rujuk peraturan penggunaan kolam mandi di papan kenyataan pejabat pengurusan.

Anda boleh menjamu selera di Cafe dan membeli keperluan di kedai serbaneka di tingkat 5. Jika anda ingin makan di luar, terdapat banyak pilihan gerai dan restoran yang berdekatan seperti Restoran Ali Tomyam (di hadapan masjid Datuk Keramat), Sate Ismail, Medan Selera di hadapan stesen minyak ESSO Datuk Keramat, dan sebagainya.

Terdapat 3 stesen LRT (Putra LRT) yang berdekatan dengan condominium ini, iaitu Stesen LRT Jelatek (2 km), Stesen LRT Datuk Keramat (900 meter), stesen LRT Damai (1.2km). Stesen-stesen LRT ini menghubungkan lokasi-lokasi utama sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Anda juga boleh menggunakan LRT untuk ke KLCC, Ampang Park, Central Market, Jalan Masjid India, Masjid Jamek, SOGO, Kompleks Pertama, Bangsar, dan sebagainya.

Kemudahan pengangkutan seperti teksi dan bas juga mudah diperolehi. Hentian bas dan teksi terletak di hadapan pagar masuk ke Gurney Heights. Jika anda memandu kenderaan sendiri, sila maklumkan kepada kami untuk mendapatkan satu (1) pas masuk ke tempat parking.

Harga:

  • Weekdays:  RM220.00/malam
  • Weekend/Public Holidays:  RM250.00/malam

Sila hubungi Fariz (Tuah) di talian 013-3931828 untuk tempahan.

Berikut ialah antara gambar-gambar unit kediaman kami di Gurney Heights Condominium, Bukit Keramat, Kuala Lumpur.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: